Muhamad Firdaus
Time changes everything, even you and I have changed

Muhamad Firdaus
Hey stranger, you are welcoming here . This is my official bloggie . No copycat here . Every single things here is purely from my heart . Freako, Weirdo, Monsta . I will be really appreciate if you be kind to me . Thanks :)

The rain, the winter spring has made us fade away


I really wonder how you feel on these nights so alone

Template by Muhamad Firdaus
Contact: Facebook | Twitter | Blogger


[ time flies, people changes ]
August 2012 September 2012 October 2012 December 2012 January 2013 January 2016 February 2016 April 2016 July 2016

Love Letter
Sunday, 30 September 2012 || 15:19

Meninggalkan alam maya hampir beberapa hari. Blog terbiar seketika. Twitter entah ke mana. Facebook lagi la jauh. Tambah lagi dengan ketiadaan broadband selama 2 minggu kerana final exam. So, semua aktiviti tu terbatas. Dalam post kali ni Fir nak tuliskan surat untuk bakal isteri Fir suatu hari nanti. Korang mesti nak tahu apa isi kandungan surat tu kan? Baca dengan penuh teruja tau.


Kehadapan my future wife,


I don't know who are you and I have no idea where are you right now. But one day, bila kita dah berjumpa, saya harap awak mampu terima saya seadanya seperti mana saya akan terima awak dan diri awak sebenarnya. Lagipun saya tahu yang awak ni memang comel, dan baik dan solehah dan rajin dan comel comel comel.


Saya harap bila saya check facebook or twitter awak nanti, awak tak letak banyak gambar yang daring daring kat situ. Sebab setahu saya, kalau perempuan tu comel, mesti dia nak tunjuk kat seluruh dunia. Macam la dia sorang je yang comel. Saya pun comel jugak tapi takda pun nak tunjuk kat seluruh dia. Ehem.


Lagi satu, gambar kat facebook or twitter tu, jangan la nak dedah sana dedah sini tau. Awak tak malu ke? Awak pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even dah jatuh kat lantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut. Bila jatuh kat lantai, semua orang buat tak tau. Ada tu kalau boleh nak pijak lagi. Awak pun tak nak kena pijak kan? 


Saya tak tahu pasal masa depan saya. Saya tak tahu berapa banyak duit yang saya akan ada. So, saya mungkin tak mampu bagi awak rumah 10 tingkat. Saya pun mungkin tak mampu bagi awak 10 emas intan berlian. Saya harap awak tak kisah dengan diri saya yang tak berharta ni. tapi kalau setakat bagi awak 10 hingga 20 orang anak tu, saya okay je :3 Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 orang anak. Tapi tak termasuk yang kembar tau.


Hmmm awak tau tak, saya tak mengharapkan yang awak adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata saya. Kalau nak boyish sikit pun apa salahnya. Kalau boleh lebihkan kat bahagian mengada ngada dan keras kepala awak. Saya suka. Senang la kalau saya nak ajak bergaduh kalau macam tu. Baru meriah kan? So, sekali sekala bergaduh best jugak. Lagipun kita bergaduh siang siang je, bila malam kita berbaik okay?


Awak, saya harap awak pandai masak. Awak mesti pandai masak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak pandai masak? Yelaaaa, memang tak salah. Tapi jangan salahkan saya kalau saya tambah lagi 1 isteri. Hehe. Okay tak tak. Saya tak nak isteri lain la, saya nak awak sorang je jadi teman hidup saya tau.


Actually, saya bukan minta awak masak macam makan kat hotel. Asalkan awak pandai masak yang simple simple pun sudah memadai. Awak tau tak, air tangan isteri la yang buat si suami setia. Lagi pun, takkan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau makan kat restoran, baik saya kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Betul tak? Awak pun tak nak kan saya tambah lagi satu?


Saya harap awak pandai jaga diri sebelum kita berjumpa. Kalau boleh jangan couple banyak sangat. Kalau tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan la buat benda yang bukan bukan dengan bf awak. Bila dating tu jangan mengada nak keluar berdua tau. Bf awak tu bukan boleh percaya sangat, kebanyakkan lelaki buaya darat. So, don't trust them.


Akhir kata dari saya, bila kita dah kahwin nanti, awak masak, saya makan. Saya imam, awak makmumnya. Saya baca doa, awak aminkan. Awak merajuk, saya pujuk. Perfect right? So, cepat cepat la cari saya. Saya malu nak cari awak. Takut tersalah pilih perempuan lain. Awak pun mesti tak nak jadi isteri kedua saya kan?





Semua orang inginkan jodoh yang baik. Kita tak minta yang sempurna tetapi cukup la dari insan yang membuatkan kita sempurna apabila bersamanya. Apa yang Allah anugerahkan itu pun dah cukup baik dan tugas kita adalah menghargai dan mensyukuri nikmat yang Allah pinjamkan kepada kita.



OLD POST | NEW POST