Muhamad Firdaus
Time changes everything, even you and I have changed

Muhamad Firdaus
Hey stranger, you are welcoming here . This is my official bloggie . No copycat here . Every single things here is purely from my heart . Freako, Weirdo, Monsta . I will be really appreciate if you be kind to me . Thanks :)

The rain, the winter spring has made us fade away


I really wonder how you feel on these nights so alone

Template by Muhamad Firdaus
Contact: Facebook | Twitter | Blogger


[ time flies, people changes ]
August 2012 September 2012 October 2012 December 2012 January 2013 January 2016 February 2016 April 2016 July 2016

Life and Love
Friday, 7 December 2012 || 10:14

Sometimes Allah turunkan hujan dengan ribut dan petir. Kita tercari cari di mana matahari. Rupa rupanya Allah beri kita pelangi selepas berlalunya hujan. Begitu juga dengan kehidupan. Apabila kita bersedih, ingatlah yang suatu hari kita akan gembira dan apabila kita menangis, suatu hari nanti kita akan tertawa riang. Tak boleh juga kalau setiap hari kita asyik gelak ketawa kan?

Sebab itulah Allah beri kita dugaan, supaya kita faham erti kehidupan sebenar, kerana hidup ni ibarat tayar, tak kisahlah tayar apa sekali pun. Nak tahu sebab apa hidup ni seperti tayar? Kerana tayar itu berpusing dan akan berjalan, ia akan berjalan sejauh mana dia mampu bertahan, but sometimes ia akan mengalami masalah dan pancit. Begitu juga kehidupan, kita akan terus bertahan sampai kehadapan, kadang kala juga kita akan dilanda masalah. Itulah dinamakan dugaan, apa yang penting adalah niat dan tujuan dan yang paling penting adalah sabar dan iman yang harus kita pelihara.

Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang yang suatu hari nanti kita akan mencarinya. Itulah Cinta.

But kita mesti berhati hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang waras menjadi gila dan orang kaya menjadi miskin, kerana cintanya itu disambut oleh segolongan manusia yang tidak tahu erti cinta sebenar. Ingatlah yang cinta tidak selalu bersama jodoh, tetapi jodoh itu selalu bersama cinta.





OLD POST | NEW POST