Muhamad Firdaus
Time changes everything, even you and I have changed

Muhamad Firdaus
Hey stranger, you are welcoming here . This is my official bloggie . No copycat here . Every single things here is purely from my heart . Freako, Weirdo, Monsta . I will be really appreciate if you be kind to me . Thanks :)

The rain, the winter spring has made us fade away


I really wonder how you feel on these nights so alone

Template by Muhamad Firdaus
Contact: Facebook | Twitter | Blogger


[ time flies, people changes ]
August 2012 September 2012 October 2012 December 2012 January 2013 January 2016 February 2016 April 2016 July 2016

Untuk Awak..
Friday 28 December 2012 || 04:54

Awak,
Salah ke kalau saya cakap saya suka awak? Saya belum berani dan bersedia nak luahkan isi hati saya dekat awak. Mungkin terlalu awal. Saya tak pernah minta wujudnya perasaan ini dekat awak. Tapi, saya tak boleh bohong hati saya.

Awak,

Saya memang suka awak dan saya memang minat awak. Tapi saya tak berharap yang awak akan suka dan balas balik perasaan saya dekat awak. Sebab saya tahu perasaan tu tak boleh dipaksa atau mungkin awak sudah ada pilihan hati awak sendiri.

Awak,

Kalau awak nak tahu, saya selalu tunggu text dari awak. Saya selalu tunggu whatsapp dari awak. Tapi  takda pun. Bila saya text awak, hati saya berbunga bunga. Saya cuba nak tarik perhatian dan cuba bukakan mata awak yang saya ni minat awak. Tapi sayang, awak macam tak nampak dan awak seolah olah tak beri ruang untuk saya menyayangi awak.

Awak,

Saya bukan nak cakap saya ni tergila gilakan awak. Tapi, sekiranya diberikan peluang untuk saya selami hati awak, saya akan jaga hati awak dan saya akan jaga hubungan kita sebaik mungkin. Sebab saya ikhlas, saya suka awak.

Awak, 

Memang orang cakap suka tak bermaksud sayang. Tapi, saya percaya, perasaan suka saya dekat awak akan beralih kepada sayang dan rindu. Saya tak nafikan saya dah pun mula rindukan awak. Bila takda mesej dari awak, hati saya sayu. Saya rindu awak. Bila saya dah rindu, saya selalu stalk facebook dan twitter awak. Saya selalu juga baca balik text text kita.

Awak,

Saya sendiri tak tahu kenapa boleh wujud perasaan macam ni kat awak. Jika saya anggap awak sebagai kawan biasa, tak perlulah rasanya saya terasa dengan awak, sedih bila awak tak text saya. Awak senyap tanpa berita. Tapi ini tak. Saya minta maaf sebab wujud perasaan macam ni.

Awak,

Saya malu nak cakap kat awak, saya suka awak, saya minat awak dan saya rindu awak. Dan saya percaya, semua perasaan ini akan berubah menjadi sayang. Sometimes saya tertanya tanya, mungkin saya ni perasan. Tapi, saya tak boleh tipu hati saya awak tahu tak.

Awak,

Saya tak letak apa apa harapan sama ada awak suka atau tak. Tapi, saya ikhlas, kalau awak berikan peluang. Tapi saya rasa tak, saya redha. Sebab saya tahu, tak semua yang kita nak kita akan dapat.

Awak,

Untuk pengetahuan awak. Selama hidup saya, inilah pertama kali saya diuji menyukai seseorang dalam diam. Merindui dan mengingati orang dalam dia dan hanya dari jauh. Pertama kali saya diuji begini. Saya tak tipu. Sakit sangat awak :'/

Tapi awak...

Sekiranya takda rezeki saya untuk menyayangi, mencintai dan jaga awak sepanjang hayat saya, saya akan redha. Semestinya hati saya hancur tapi saya tetap akan menerimanya. Dan saya takkan pernah berhenti mendoakan kebahagiaan awak walaupun dengan siapa pilihan hati awak.







Memories
Sunday 23 December 2012 || 07:06

I still remember when the first time I saw you. I was wonder who are you? Why my heart beat so fast when I look at you? But I was too shy to talk with you. Then I find you at Facebook and I found you, the girl who will change my life :) Day by day, we are knowing each other, sharing problem, stories and everything. I think I was fall in love with her because the way her treat me. It was my fault actually because I keep that feeling too long, because I know that I'm not perfect to her. She's saying that she don't want any hard feeling when she studying here. So, I respect her principle. 

Month by month, we became close to each other, she saying that we are partner and partner mean I'm more than her friend. But still now I don't understand what shes mean. Haha. 19/12/2012 ago, it is the first time someone gave me a gift for my birthday when I was studying in UniMAP. And it's was you :) I'm so glad that I've meet her. She's so nice to me and I don't want it change. That's why I sometimes I think we should stay our relationship as a partner even is was so hard to me but I really hope that we can be together forever. In Shaa Allah. Thank you to her for listening to my problems, my nonsense and my craziness :)




Hasilah sebuah persahabatan dengan bunga bunga kejujuran dan janganlah cemari ia dengan kepura puraan.




Life and Love
Friday 7 December 2012 || 10:14

Sometimes Allah turunkan hujan dengan ribut dan petir. Kita tercari cari di mana matahari. Rupa rupanya Allah beri kita pelangi selepas berlalunya hujan. Begitu juga dengan kehidupan. Apabila kita bersedih, ingatlah yang suatu hari kita akan gembira dan apabila kita menangis, suatu hari nanti kita akan tertawa riang. Tak boleh juga kalau setiap hari kita asyik gelak ketawa kan?

Sebab itulah Allah beri kita dugaan, supaya kita faham erti kehidupan sebenar, kerana hidup ni ibarat tayar, tak kisahlah tayar apa sekali pun. Nak tahu sebab apa hidup ni seperti tayar? Kerana tayar itu berpusing dan akan berjalan, ia akan berjalan sejauh mana dia mampu bertahan, but sometimes ia akan mengalami masalah dan pancit. Begitu juga kehidupan, kita akan terus bertahan sampai kehadapan, kadang kala juga kita akan dilanda masalah. Itulah dinamakan dugaan, apa yang penting adalah niat dan tujuan dan yang paling penting adalah sabar dan iman yang harus kita pelihara.

Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang yang suatu hari nanti kita akan mencarinya. Itulah Cinta.

But kita mesti berhati hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang waras menjadi gila dan orang kaya menjadi miskin, kerana cintanya itu disambut oleh segolongan manusia yang tidak tahu erti cinta sebenar. Ingatlah yang cinta tidak selalu bersama jodoh, tetapi jodoh itu selalu bersama cinta.





OLD POST | NEW POST