Muhamad Firdaus
Time changes everything, even you and I have changed

Muhamad Firdaus
Hey stranger, you are welcoming here . This is my official bloggie . No copycat here . Every single things here is purely from my heart . Freako, Weirdo, Monsta . I will be really appreciate if you be kind to me . Thanks :)

The rain, the winter spring has made us fade away


I really wonder how you feel on these nights so alone

Template by Muhamad Firdaus
Contact: Facebook | Twitter | Blogger


[ time flies, people changes ]
August 2012 September 2012 October 2012 December 2012 January 2013 January 2016 February 2016 April 2016 July 2016

Untuk arwah Ayah
Friday 15 July 2016 || 09:45

Dah hampir 2 tahun ayah tinggalkan kami sekeluarga. Mak, kakak dan adik rindu sangat kat ayah tau. Rasa macam baru semalam ja ayah pergi. Tak puas lagi rasa kasih sayang seorang ayah. Bagi adik, ayah lah seorang bapa, sahabat, tempat mengadu dan kawan baik adik. Teringat waktu adik masih kecik dulu, kalau ada benda yang adik tak pandai buat, ayah selalu ada untuk selesaikan benda tu. Ayah bertungkus lumus buat sampai boleh, demi adik. Bila dah besar, baru adik rasa betapa bersyukurnya bila ada seorang bapa yang sanggup buat apa saja untuk anaknya. Tapi sekarang adik banyak berdikari, segala benda adik kena buat sendiri. Walaupun tak pandai, tetap adik buat sampai boleh. Anak ayah kann :)

Lepas ayah pergi, banyak benda yang terjadi, banyak dugaan yang kami kena tempuhi sampai sekarang. Alhamdulillah adik tetap kuat sebab adik kan dah janji yang adik akan jaga kakak dengan mak untuk ayah. Ayah jangan risau tau, adik akan jaga mak dan kakak sampai bila bila. Walaupun satu hari nanti adik dah ada kerja tetap dan ada keluarga adik sendiri, adik janji adik akan tetap tunaikan tanggungjawab untuk jaga mak dan kakak. Mak dan kakak lah harta paling bernilai yang ayah tinggalkan untuk adik.

Banyak benda yang adik pendam sampai harini. Biarlah tak penting pun sebab takda sapa yang boleh faham adik macam ayah faham adik. Kita macam kawan baik kann, mak pun pernah cakap macam tu, adik ingat lagi. Kalau dulu ayah banyak bertegas dengan kami, ayah kalau marah memang adik dengan kakak takut gilaa. Tapi sekarang takda sapa yang nak bertegas dah, mak banyak mengalah dengan adik dan kak, yelahh mak kan memang macam tu. Kadang kadang adik kesian dengan mak, dia kehilangan orang yang dia sayang selama bertahun tahun. Semua dia kena tanggung sendiri. Tak sanggup rasanya tengok dia keluarkan air mata kerana kami. Adik minta maaf kat ayah sebab dah banyak lukakan hati mak sepanjang ayah takda. Mungkin rasa bebas sebab takda siapa nak kongkong adik dah kan. Alhamdulillah adik dah sedar sekarang, masih tak terlambat lagi kan ayah?

Waktu adik dikecewakan dulu, adik mengadu dekat mak. Mak cakap adik beruntung sebab adik baru kehilangan orang yang adik sayang hampir 3 tahun, tapi mak kehilangan suami yang dia sayang selama 21 tahun. Adik masih boleh cari pengganti,  ada lagi orang yang mampu ubatkan luka dihati adik. Mak lain, takkan pernah ada orang yang mampu ganti tempat ayah, kalau ada pun semuanya takkan sama seperti sebelum ni. Ya Allah, betapa dalamnya cinta dan kasih sayang mak dekat ayah. Adik harap kalau adik dah berkahwin nanti, adik nak hubungan adik dengan isteri adik macam mak dan ayah. In shaa Allah..

Banyak benda adik nak luah dekat ayah tapi sampai masa nanti adik dapat jumpa ayah jugak kan. Doa adik sebagai anak sentiasa mengiringi ayah. Semoga ayah ditempatkan disisi orang beriman. Al Fatihah..

Rain proves to you, its okay to cry sometimes. Langit yang mampu tanggung banyak beban pon tewas jugak kadang-kadang. Ni pulak hati manusia. Walau banyak mana pun cabaran yang datang, dugaan menimpa kita harus melangkah kedepan. Kerana Allah ciptakan pelangi selepas turunnya hujan, sama juga dengan kehidupan.

Ayah.. Adik sayang ayah sampai bila bila.







My Future Girlfriend
Saturday 30 April 2016 || 12:18

Future girlfriend,

Hi awak. Saya menulis ini hanya untuk awak, yes untuk awak laaa. Awak yang saya tak tahu asal usul dan datang dari mana, cuma yang saya tahu awak la bakal girlfriend
saya, seseorang yang menyayangi dan menjaga saya suatu hari nanti. Saya rasa, masa awak baca ni, maybe kita baru kenal dan cinta baru berputik. Rasanya laa :|

To awak, saya tak minta apa apa dekat awak. Saya tak nak awak beri kesempurnaan kepada saya, cukup la sekadar mampu memberi perhatian dan menjaga saya dan anak anak bila dah kahwin nanti. Bukan apa, I'm getting serious about relationship right now, kalau boleh nak kahwin terus. Heee. Okay, back to the main story. Saya cuma
nak awak sayangi saya seikhlas yang mungkin, jujur dengan saya atas setiap perkara dan saya nak susah awak menjadi susah saya juga dan begitu juga senang awak menjadi senang saya. Saya juga mahukan belaian manja dari awak as my wife nanti . Nak nakal nakal pun biarlah kita halal dulu kan? Betul tak? Heee

Awak tahu tak, saya dah terbayang- bayang macam mana life marriage kita nanti. I would like when every morning, you are the first one I see once I open my eyes, look at you while you sleeping. Then I will snuggle at you. Saya nak hubungan kita just like Nabi Muhammad dan Siti Aisyah. Sometimes, we can be so romantic and in the same time kita boleh bergurau senda and s
ometimes will be serious about anything we talk about, like our future, our kids. I would like every night while we sleeping I will hug you from behind and fall asleep until morning. Just like that, so that I would feel your breath, heartbeat and I know that you are so close to me, I will protect you if anything happens.
And when you get sick, I will take care of you. I will take my leave. Saya akan lapkan awak bila badan awak terlalu panas akibat demam. Saya akan masakkan bubur untuk awak makan, bagi awak makan ubat. Bila awak rasa sejuk, say
a akan peluk awak sampai la awak rasa selesa. Saya janji awak, saya akan jaga awak macam tu sebab itulah impian saya bila saya dah kahwin dengan awak. Saya nak awak sihat, itu saja. It would be nice if you do the same to me dear.

Ohh, about raya right? Saya tak fikir lagi la awak since saya tak tahu awak asal dari mana kan? So, saya ada dua situasi, if you come from Kedah or near to my house, it would be easy on us right, saya pun tak kisah raya di mana but if you come from Johor or Kuala Lumpur or Melaka, then we have to discuss about it okay, maybe later.

Saya nak saya habiskan masa hidup saya dengan bersama awak, bersama keluarga saya dan kawan kawan saya. Tapi mostly mestilah dengan awak. Kita kena selalu melawat family kita, I means your parent and my parent. Saya sayangkan awak. ;)




Moving on
Monday 15 February 2016 || 22:23

It's been a while but you should know that I'm okay now. The heart broken and anger has settled down for awhile now. I've been sleeping and I've been eating again. I still thinking about you every now and then but it doesn't hurt like it used before. I've been doing really well actually. I've learned how to love again, I don't do things you don't want me to do anymore and I've caught up on all the things I used to tell you about. I think that if you could see me now, you will be proud. I know we don't talk anymore but I still hope you get everything you've ever wanted. I still hope you're doing well and that you're happy. I know I'm not in your life anymore but I hope you still get excited about the little things like always you used to and you still listen to song you like before you sleep at night. You always knew how to calm yourself. I hope you still have that fire witin you and  that it hasn't been washed away because of me. I hope that you've fall in love with right person and he will treats you with all the care in the world. I know you hurt me, I know you broke my heart but it doesn't mean you deserve the same. You taught me a lot and you always be known as the one who started a fire in my heart and let it burn. You will always be known as something special to me. But I'm okay and I'm glad I got to know you. I'm glad I got to have you in my life even if you're gone now. I'm okay and I hope you are too.




In memories
Wednesday 6 January 2016 || 15:16

Assalamualaikum. Ya Allah dah lama gila tak jenguk blog ni. Tangan ni pun dah lama tak menaip. Banyak benda yang nak diceritakan. Cerita sedih, cerita happy, cerita pasal hantu pun ada. About this post, saya nak cerita sikit pasal seorang bestfriend yang saya kenal sejak 3 tahun yang lepas.

Nur Shafiqa binti Abdul Nasir. Seorang perempuan yang agak pemalu, tak banyak bercakap but when you get to know her better, Ya Allah dia memang masuk air gila. Dia mudah bergaul dan masuk kepala dengan semua orang. Tentang dia yang buat saya jatuh hati dekat dia adalah hati budi dan perwatakkan dia. saya dan dia memang sama sama minat pasal moto, so kira bonus la kann. Heee.

Walaupun seorang yang agak boyish but she know how to respect people. Bila kawan kawan kitaorang susah, dia mesti akan tolong even terpaksa susahkan diri sendiri. Memang saya nampak semua tu sepanjang saya kenal dia. Dia pun banyak tolong saya dari segi mental, fizikal, wang dan banyak lagi.

Saya ingat lagi sewaktu Ayah saya meninggal hampir 2 tahun lepas. Saat ditinggal oleh insan yang paling saya sayang, she always here by my side. Dia yang banyak bagi nasihat dan kata kata semangat. Family dia pun banyak tolong saya dan sekeluarga. Ya Allah banyaknya saya terhutang budi dekat dia. Kata kata dia yang paling saya ingat bila dia ada cakap yang dia akan usaha untuk jadi tulang belakang saya dan ganti tempat arwah ayah. Sumpah itu kata kata yang paling bermakna dalam hidup saya. Guess I'm the luckies guy in the world to hear those word. And dia tunaikan kata kata dia sepanjang kami berkawan.

Saya dan dia memang selalu berkonvoi sama sama. Kemana saja saya pergi, dia mesti pergi, sama lah sebaliknya. Area semenanjung hampir semua kami dah jelajah, termasuk lah negara seberang. Bak kata orang, jauh perjalanan luas permandangan kan. Banyak kenangan yang kami cipta bersama. Susah senang bersama, panas hujan bersama, tidur kat RnR pun sama sama. Haha. Tak semua orang akan faham betapa bernilainya semua kenangan itu but as for me, its priceless. Kenangan pahit manis dengan orang yang saya sayang sampai bila bila.

Tapi.. kita tak tahu bila Allah nak uji kita dengan menarik balik semua kebahagiaan tu kan. Saya sedar saya lalai akan tanggungjawab saya dan banyak dosa saya dah lakukan. Pada mulanya memang saya salahkan dia. Tak sangka hubungan kami berakhir dengan orang ketiga. Memang masa tu saya terkejut gila, tak boleh nak terima. saya banyak buat benda bodoh, lukakan hati dia dan buat dia benci saya. Sekarang saya sedar, semua yang terjadi memang bukan salah dia. Allah dah letak rezeki kita masing masing. Maybe dia bukan jodoh yang terbaik untuk saya. Saya redha dan harap sangat yang dia dah maafkan saya.

But at the same time, saya sebenarnya lega sebab dia dah jumpa seseorang yang boleh jaga dia lebih baik dari saya. Lelaki tu pun sekelas dengan dia, so boleh jumpa hari hari, boleh tolong dia tentang study dan macam macam lagi. Cuma saya harap dia jaga diri dia. Kena rajin study kalau nak berjaya. Jangan tinggal solat. Tolong jaga mama, papa dan haikal baik baik tau. Ya Allah, saya rindu gila dekat diorang.

Tujuan saya tulis semua ni, kalau suatu hari nanti bila saya dah jumpa jodoh yang Allah tentukan untuk saya. saya akan sentiasa ingat dekat orang yang pernah ada waktu susah senang saya, yang banyak tolong saya dan ajar saya tentang kehidupan.

Tiada yang kekal dalam hidup ni kecuali Allah yang maha Esa. Kita sebagai hambaNya hanya mampu berdoa yang terbaik di dunia dan di akhirat. Setakat sini yang saya mampu cerita, banyak lagi saya nak luah tapi biarlah semua tu menjadi kenangan dan pengajaran buat kami berdua. Terima kasih kerana dia, saya lebih matang dan menjadi seorang lelaki yang lebih baik.




Listen to your heart
Monday 7 January 2013 || 03:06

Kita sering tersenyum bahagia namun hati kita bukan seperti yang digambarkan. Oleh kerana sikap hormat, menjaga hati dan keterpaksaan dalam sesebuah perhubungan, kita sering berlakon untuk terus senyum di mata semua orang walaupun hati kita menjerit pilu. Terlalu mudah bagi kita mengorbankan perasaan kita sendiri pada sesuatu yang kita inginkan hingga kita lupa bahawa hati kita menjerit meminta pertimbangan. Kitalah manusia yang suka memakai 'topeng' pada wajah kita sendiri. Tanpa kita sedar, selama ni kita hanya hidup dalam keadaan yang hipokrit.

Bibir tersenyum, hati menangis. Disaat semua meninggalkan kita, disaat semua memperlekehkan kita, disaat kita dihina dan disaat kita ditertawakan tetapi kita menerima semuanya dengan senyuman dan terus tersenyum walaupun hakikatnya kita merasa sakit yang teramat. Cuba tanya balik pada diri, apakah perngorbanan aku ini terbaik untuk mereka? Tapi bagaimana dengan aku? Jika aku sakit, adakah aku bahagia? Benarkah kita bahagia?

Tak salah kalau nak berkorban untuk orang yang kita sayang tapi biar la bertempat. Sometimes kita kena bertanggungjawab pada hati kita dulu sebelum kita bertanggungjawab pada hati orang lain.




OLD POST |